5 Cara Berjimat Tapi Makan Sedap Masa Buat Umrah Di Mekah Dan Madinah - TheKarimns.Startient

TheKarimns.Startient

Post tentang tempat menarik, movie disajikan dengan drama melayu, paling penting artikel tentang tempat makan yang menarik di Malaysia.

Post Top Ad

Wednesday, 3 January 2018

5 Cara Berjimat Tapi Makan Sedap Masa Buat Umrah Di Mekah Dan Madinah

Ramai yang minta saya kongsikan bagaimana kos perbelanjaan dan perjalanan kami ketika menunaikan umrah hujung November baru-baru ini. Secara ringkasnya kami di Mekah dan Madinah tak pergi melawat ke tempat lain sangat selain dua masjid agung itu.
Di Madinah hanya ke Masjid Quba dan kebetulan ‘terserempak’ dengan ladang kurma. Di Mekah ke Gua Hira’ dan Masjid Jin (ditutup sudah). Sampai Tanah Haram, memang kita akan berkira sangat nak tinggalkan solat berjemaah di sana. Mana taknya, kita dapat 1000x pahala ibadah di Masjid Nabawi dan 100,000 kali pahala di Masjidil Haram. Auranya sendiri sangat berbeza.
Alang-alang tu, saya kongsi terus la bagaimana kita boleh jimat sejimat-jimatnya tanpa mengikat perut macam orang tak makan sebulan. Senang cerita kos rendah tapi masih boleh enjoy every single precious moments di Tanah Haram.
Ikutkan kos umrah kami tak jimat. Sebab kos penerbangan kami mahal kerana salah beli tiket dan kami ada kehilangan lebih SAR200 di Mekah. Kalau tolak ni semua, kami hanya belanja RM4000 je ikutkan.
Dengan keadaan kami jimat banyak di hotel (masih harga standard) tapi bermewah-mewahan bab makan. Kos makan dan cenderamata tu boleh jimat lagi.
Nak mudah mencongak, anggap je SAR1 (1 Riyal) sana sama dengan 1 Ringgit kita. Walaupun hakikatnya ringgit kita jatuh (waktu kami di sana, SAR100=RM114). Sob sob sob.
Jumlah kos: RM4863.75
Kos sebelum perjalanan RM3681/pax
1. Tiket penerbangan RM3057/pax
(ikutkan mahal sebab kami tersalah tempah flight. Kos biasa dalam RM2500 je.
2. Lain-lain= RM624/pax
Vaksin RM150
Visa + kos agensi travel RM440
Travel insurance RM69.25 untuk 2 orang
Kain ihram RM55
3. Kos semasa di Tanah Haram SAR2075 / RM2365.50 (RM1182.75/pax)
1. Penginapan = SAR370
2. Pengangkutan=SAR310
3. Makanan: SAR329 (~SAR55 sehari)
4. Souvenir: SAR522
5. Lain-lain: SAR544
Internet 1GB : SAR25
Luggage Locker Masjid Nabawi : SAR14
Air zam-zam : SAR32
Duit hilang, sedekah, lain-lain : SAR473
tip-umrah-4
NAMPAK TAK 2 BESAR TU? DERETAN KEDAI 2 RIYAL. RUGI SANGAT KALAU TAK PERGI.
tip-umrah-5
AL-BAIK TIRUAN. SEMUA LOGO DAN NAMA LEBIH KURANG JE. HARGA PUN SAMA JE. YANG ASLI DI MALL BERTENTANGAN LUGGAGE LOCKER 4 MASJIDIL HARAM.
tip-umrah-3
FILLET IKAN DAN SAYUR YANG DIGRILL DENGAN NASI BEST. HANYA SAR35. LOKASI KEDAI, SEBELAH AL-BAIK, MEKAH.

5 Tips Jimat Dari Segi:
>MAKANAN.
>PAKAIAN.
>AIR ZAM ZAM.
>PENGINAPAN.
>PENGANGKUTAN.
1. Makan
Di Madinah dan Mekah, sepinggan nasi mahupun semangkuk kuah tu adalah bahagianmakan untuk 2 orang Malaysia. Memang banyak. Biasa nasi beriyani (nasi dah siap ayam) SAR10-12 je sepinggan.
Nak sedap, tambah kuah kari ayam atau daging dalam SAR10-15 semangkuk. Kuah dhal atau sayur dalam SAR6. Bila kita beli kuah, automatik dapat paling sikit, 2 keping roti nan panas-panas.
Kalau mampu habiskan semua ni seorang, memang anda ada perut rare lah. Huhu.
Jadi SAR10 – SAR30 sekali makan tu dah memang cukup untuk 2 orang makan. Sehari dalam SAR60 kos untuk 2 orang makan. Makan dari pagi sampai malam yang memang puas hati punya.
Makan pagi dengan kebab sekitar SAR5 je. Teh O SAR1. Mereka panggil chai. Chai dengan susu SAR2. Kopi biasa, kami cuma sempat jumpa di Madinah. Mekah ada kopi brew yang mahal tu je.



Jadi kalau rindu air kopi atau yang lain-lain tu, atau rasa nak jimat, boleh bawa kopi segera 3 in 1 siap-siap dari Malaysia. Dan air panas boleh beli kalau kat bilik tiada cerek.
Kena cek la kalau bilik kita sewa ada atau tak, sediakan cerek. Nak jimat habis-habisan, minum air zam zam je sepanjang masa. Masuk kedai, mereka tak kisah pun kita bawa makanan atau air dari luar. Cawan plastik memang disediakan di masjid untuk air zam-zam dan air kosong.
Orang kata makan di Mekah murah sikit dari Madinah. Tapi sebenarnya lebih kurang je. Pandai cari tempat makan orang kebanyakan di sana, harga lebih kurang je. Ringkasnya, nak jimat tapi sedap, pergi makan kat tempat orang tempatan berkumpul.
Di Madinah, di sekitar Bangali Market. Lebih kurang 500m dari Masjid Nabawi Pintu 16. Makanan Pakistan kat sini memang kaw. Telan nasi beriyani yang tak berkuah tu pun dah rasa zupp. Perghhh. Sedap sangat.
Di Mekah, bertentangan dengan Luggage Locker 4, ada pusat membeli-belah. Di sini letaknya Al-Baik, makanan fast food yang khabarnya sangat popular tu. Tapi pada kami biasa-biasa je. Berdekatannya, di mall yang sama, ada yang lagi mengenyangkan dan sangat sedap. Survey la. Nama pun bermusafir kan.


3. Pakaian
Bawa baju beberapa helai je datang sini. 4 helai pun dah lebih dari cukup. Kebanyakannya jubah. Tak wajib hitam pun. Sebab sampai sini, macam-macam warna ada.
Kemeja t atau t-shirt tak guna sangat pun di sini. Sampai Tanah Haram, yang lelaki pun tak bernafsu nak pakai kemeja atau t-shirt, sebab mereka di sini memang berjubah je.

Sweater memang perlu pun untuk berhibernasi dalam flight 9 jam. Dan juga nak menapak ke masjid di tengah-tengah pagi. Madinah suhu lebih sejuk dari Mekah.

Baju boleh basuh di sini. Basuh pagi, sidai dalam toilet je pun, bila petang dah kering. Tak perlu mesin basuh pun. Udara di sini sangat kering.
4. Air Zam-zam
Kenapa dicadangkan bawa baju sikit saja? Supaya boleh penuhkan bagasi dengan cenderamata dan buah tangan dari sini. Dan kalau dapat, boleh bawa balik air zam-zam lebih. Ini paling penting saya rasa.
Ikutkan seorang dibenarkan bawa balik satu kotak air zam-zam saja. 5 liter pada harga SAR8. Ada dijual di luar balai pelepasan antarabangsa lapangan terbang Jeddah.
Tapi mereka tak cek pasport kita pun. Jadi boleh beli bergilir. Yang penting, bilangan kotak yang berada di luar bagasi mengikut bilangan orang check in flight. Sebab memang airline kita akan check-inkan sekali air zam-zam tu tapi berat tak dikira dengan bagasi.

Jadi, kalau bagasi untuk kita check in masih banyak kosong dan belum capai had berat, boleh letakkan air zam-zam. Boleh timbang percuma di airport. Tak mahu beli, boleh ambil air zam-zam dari Masjidil Haram. Percuma.
Boleh beli bekas air tahan lasak sikit di sekitar Masjidil Haram. Tapi ‘penyeludupan’ ni untuk kegunaan sendiri ya. Tak baik tau ekspoitasi air penuh barakah ni untuk tujuan komersil.
4. Penginapan
Jika agensi anda membenarkan anda tempah penginapan sendiri, anda boleh jimat banyak sebenarnya. Hotel bajet di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sangat banyak.
Bilik kosong pun banyak juga sebab mereka memang dah bersedia dengan bilangan pengunjung Tanah Haram yang berpuluh ribu. Dan kebanyakannya tidak ada dalam online website seperti Booking.com dan Trivago.
Jadi, boleh sahaja kita tempah dahulu hotel di online website terlebih dahulu untuk urusan visa. Yang penting, tempah yang ada free cancellation. Maksudnya tempahan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sehingga minit terakhir sebelum waktu check in.
Kenapa free cancellation ini penting, sebab bila dah sampai sana baru kita sedar betapa lokasi hotel sangat-sangat penting. Amat perlu dapat hotel yang dekat dengan pintu masuk utama masjid, tempat tumpuan orang kebanyakan (ada restoran dan kedai-kedai) dan yang penting tanahnya landai.
Di Mekah, di bahagian selatan Masjidil Haram kawasannya berbukit dan bukan pintu masuk utama. Kasihan kami tengok ada pakcik makcik yang terpaksa mendaki dan berjalan jauh ke pintu utama setiap hari untuk beribadah. Memang dapat hotel berbintang-bintang tapi perjalanannya?
Jadi boleh lihat dulu suasana di sini dan tempah semula hotel mana yang sesuai ya. Dua-dua hotel di Tanah Haram yang kami tempah di online kami batalkan tempahan. Kedua-duanya agak jauh. 2km dari masjid.

Ikutkan kami biasa je berjalan jauh. Tapi di Tanah Haram ini, percayalah 700m jarak hotel dengan masjid adalah maksimum. Sebab ibadah di sini sendiri makan tenaga.
Nak masuk ke pintu bangunan masjid sendiri dari pintu masuk perkarangannya dah 100m paling sikit. Itu belum kira sesat nak cari pintu keluar lagi. The struggle is real.
Jadi kami cari sendiri hotel di sekitar masjid. Dapat hotel bajet SAR120 di Madinah untuk 2 malam dan SAR250 di Mekah untuk 3 malam. Bajet-bajet pun, toilet sangat bersih. Peti ais dan penghawa dingin tersedia.
Kedua-duanya terletak di kawasan tumpuan penduduk. Jadi makan minum dan beli belah kami amat mudah dan murah. Nak ke masjid pun 10-15 minit jalan dah sampai. Pokoknya bukan berapa bintang. Tapi lokasi hotel itu lebih penting.
6. Pengangkutan
Kalau kita ada keperluan nak ambil teksi, boleh survey dulu harga Uber yang jauh lebih murah dari teksi. Kami sayangnya tak dapat tempah Uber. Ada masalah dengan apps sebab tak pernah guna sebelum ni di Malaysia.
Teksi di sini memang letak harga yang mahal. Biasanya double dari harga biasa. Tak pandai tawar menawar, memang duit melayang banyak lah.
Pengalaman pertama kami naik teksi sewaktu hendak ke Jabal Nur (Gua Hira’). Sebelum tu kami banyak naik bas je. Tahan teksi di depan hotel lebih kurang pukul 3 pagi. Ingatkan “thirteen riyal”, rupanya “thirty riyal”.

Kami tak sempat nak tawar menawar, minta kurang lagi, sebelum masuk teksi tu. Silap di situ. Orang sini memang English ke laut. Jadi kena deal betul-betul dengan mereka. Jangan masuk teksi sebelum dapat harga yang puas hati.
Perkhidmatan bas jauh lebih murah. Tapi kebanyakan tempat lawatan orang seperti Jabal Nur, ladang unta dll tiada bas.
Ni harga tiket bas kami survey:
  1. Bas SAPTCO dari lapangan terbang Madinah ke Masjid Nabawi SAR10
  2. Bas SAPTCO dari Madinah ke Masjidil Haram SAR65.
  3. Bas SAPTCO dari Masjidil Haram ke Airport Jeddah SAR30 (tapi kena ambil shuttle bus SAR20+ pula lepas tu untuk ke balai pelepasan antarabangsa yang 20km dari situ. Dan shuttle bus ni hanya beroperasi sehingga 12 tengah malam. Alternatif, ambil teksi ke terminal ni tapi harga SAR50 lah).
  4. Bas dari Masjidil Haram ke Tanaim (untuk miqat umrah dari Mekah) dalam SAR4, tunggu bas di depan masjid.
Ingin Tahu Rahsia menjadi sukses dalam >>>BISNES AIR BALANG<<<
Tahun lepas, untung dia berniaga air balang di pasar malam, Alhamdulillah.. dapat RM7,000 lebih. >>>BISNES AIR BALANG<<<


Itu saja Untuk kali ini.
TERIMA KASIH SEMUA


UNTUK DAPATKAN G-SHOCK SECARA MURAH: >>>KLIK SINI!!!!!<<<

>>>KLIK SINI<<< KEPADA YANG SUKA TENGOK MOVIE!!!

Untuk Post Yang Lebih Menarik: 5 Tempat Makan Bajet KL

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad