5 Tempat Makan Bajet Di KL 2017 - TheKarimns.Startient

TheKarimns.Startient

Post tentang tempat menarik, movie disajikan dengan drama melayu, paling penting artikel tentang tempat makan yang menarik di Malaysia.

Post Top Ad

Wednesday, 20 September 2017

5 Tempat Makan Bajet Di KL 2017

TEMPAT MAKAN MURAH KL

Dah penat berjalan di sekitar Kuala Lumpur tapi tidak tahu mana tempat makanan menarik di sana. Rugi la kalau duduk Kuala Lumpur tapi tidak tahu kemana nak makan. Sini saya nak tunjuk sikit la tempat makanan menarik di sekitar Kuala Lumpur.

1. KEDAI SEBELAH, Rm9.00.




Pada RM9.00, tempat ini bukan tempat makan tengahari biasa. Dengan rekaan cafe yang funky mereka menawarkan set makan tengahari yang biasanya melibatkan satu menu utama (menu tempatan seperti nasi, rendang dan lontong), air sirap dan pencuci mulut. Menu makanan berubah setiap hari, jadi anda akan makan makanan berbeza setiap kali singgah di sini. Jangan terperanjat, berikut adalah contoh set yang ditawarkan pada harga hanya RM9.00!




Alamat: D-G-02, Jalan SS6/20A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
Masa Berniaga : 9.30AM-12.00AM
Instagram: >Kedai Sebelah< Klik Untuk Buka...

2. RESTORAN SATAY ZAINI, 70SEN




pasal satay pula, Dengan harga satay ayam pada 70sen. Mana kita nak dapat di kawasan KL dengan harga begini?? Pasti kita akan mencari restoran Hj Samuri di Kajang untuk memakan satay jika ngidam sangat. Tetapi pada saya, Bila kita berada di KL kenapa kita susah2 keluar drive sampai kesana hanya untuk memakan satay sedangkan satay Zaini yang berada di ampang ini cukup bagus dan sedap. Sudah lebih 35 tahun Satay Zaini telah menapak di KL dan merupakan Pencabar terdedekat dari segi populariti  dan kesedapan Satay Kajang. Macam2 jenis satay dijual di Satay Zaini.




Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7-11), Jalan Kerja Ayer Lama, 68000 Ampang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Masa Berniaga : 6.30PM-11.30PM
Instagram: >Satay Zaini <Klik Untuk buka,,,

3. Fat Spoon Cafe, Rm12



Fat Spoon Cafe kaya dengan menu moden fusion, nyonya dan menu tradisi tempatan. Terdapat pelbagai set makanan tengahari di sini, iaitu dari nasi goreng sambal dengan ayam kari sehinggalah pasta capellini (angel hair) ulam. Anda boleh memilih sama ada mahukan air selasih pandan berais atau coke, dan pencuci mulut aiskrim vanilla ataupun puding sagu.





Alamat: 73, Jalan SS21/1A, Damansara Utama, Petaling Jaya.
Masa Berniaga : 11.00AM-10.00PM
Instagram: >Fat Spoon Cafe< Klik Untuk Buka...

4. Gobang Maju Patin Tempoyak, Rm15



Di temerloh, Pahang nama Gobang ini sebenarnya memang cukup popular dengan masakan patin tempoyak yang sedap dan lazat. Kini tidak perlu ke temerloh kerana di KL juga terdapat cawangan yang juga menggunakan resepi yang sama dan terletak di Sri Rampai. Selain daripada masakan tempoyak, ada juga disediakan menu masakan lain seperti nasi goreng  dan lain2. Jadi marilah kita ke Gobang Maju Patin Tempoyak.




Alamat: 19, Jln Seri Rejang 1, Taman Sri Rampai, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Masa Berniaga : 11.30AM-10.00PM
Instagram: >Go'Bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai<Klik Untuk Buka...

5. Kari Kepala Ikan Bangsar, Rm3.00




Adakah anda peminat nasi kandar dan Kari Kepala Ikan? Jika ya, Inilah jawapannya Kari Kepala Ikan Anuar Bangsar. Tempat ini terletak di bangsar dan terkenal dipanggil Kari Kepala Bawah Pokok kerana kedai ini berada betul2 di bawah pokok. selain nasi+ayam Rm3.00 kita boleh memilih lauk lain dengan harga yang berpatutan. Tanpa melengahkan masa lagi, Mari jamah Kari ini!!!!




Alamat: Bangsar At the corner of Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia.
Masa Berniaga : 9.00AM-5.00PM
Instagram: >Anuar Kari Kepala Ikan Bawah Pokok<Klik Untuk Buka


TERLIURR WEHHHHH...

Ingin Tahu Rahsia menjadi sukses dalam >>>BISNES AIR BALANG<<<
Tahun lepas, untung dia berniaga air balang di pasar malam, Alhamdulillah.. dapat RM7,000 lebih. >>>BISNES AIR BALANG<<<


Itu saja Untuk kali ini.
TERIMA KASIH SEMUA


UNTUK DAPATKAN G-SHOCK SECARA MURAH: >>>KLIK SINI!!!!!<<<

>>>KLIK SINI<<< KEPADA YANG SUKA TENGOK MOVIE!!!

Lihat Post Yang Menarik: 6 Makanan Menarik Shah Alam








No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad